Tentang Saya

Foto saya
Kamunting, Perak, Malaysia
Seorang Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah tahun (tiga) jurusan Ijazah sarjana Muda Usuluddin dengan Kepujian.

Rabu, 4 April 2012

Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka


KUALA LUMPUR, 4 April:Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hari ini mengumumkan sekali lagi akan mengadakan himpunan besar-besaran Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perkara itu dijangka diumumkan jawatan kuasa pemandu NGO itu pada satu sidang media di sini, pagi ini.

Kesemua anggota jawatankuasa termasuk pengerusi bersama Datuk A.Samad Said dan Datuk Ambiga Sreenevasan turut hadir pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor itu. (Gambar)

Melalui bahan cetakan yang diedar awal kepada media, himpunan kali ini memilih tema 'Duduk Bantah' dan bakal diadakan serentak di seluruh negara dan dunia.

Himpunan itu juga akan disertai bersama oleh 84 NGO dan masih mengekalkan lapan tuntutan iaitu:

Bersihkan senarai undi
Mereformasikan undi pos
Gunakan dakwat kekal
Akses media bebas dan adil
Masa kempen minima 21 hari
Kukuhkan institusi awam
Hentikan rasuah
Hentian politik kotor

Ahad, 1 April 2012

Bingkisan Imtihan...

Buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Debaran imtihan makin terasa, jadual peperiksaan sudah berada di protal masing-masing dan juga ditampal di dinding-dinding kuliah. Semoga semua sahabat-sahabat sudah bersedia dengan persiapan menduduki peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama sahaja lagi. Tapi perlu diingat, “study smart not study hard”. Buat yang terbaik untuk buktikan pada diri sendiri bahawasanya anda boleh berjaya dan patut berjaya seperti sahabat-sahabat anda yang lain.

Dalam suatu riwayat ada menyebut:“Barangsiapa yang mahu berjaya di dunia maka keatasnya dengan ilmu,Barangsiapa yang mahu berjaya di akhirat maka keatasnya juga dengan ilmu,Dan Barangsiapa yang mahukan dunia dan akhirat maka keatasnya hendaklahdengan ilmu”

Sedarlah sahabat-sahabatku sekalian, martabat seseorang diangkat dengan sebab ilmunya. Tiada beza sama ada lelaki atau perempuan. Semoga kita semua sebagai mahasiswa mampu mengorak langkah dalam menguasai pelbagai lapangan ilmu supaya kita menjadi masyarakat yang mempunyai daya saing tinggi dan mampu berhadapan dengan ragam masyarakat yang pelbagai kelak.

Besar harapan supaya kata-kata ulama’ ini dihayati bersama:“Berusahalah untuk menjadi seorang muslim/ah yang dirindui SYURGA. Antara amalannya adalah melazimi membaca Al-Quran, menjaga lidah, memberi makan kepada yang lapar dan memenuhi amalan puasa untuk anugerah لعلكم تتقون"”

Didoakan selamat maju jaya dalam bidang ilmu yang amat dicintai Allah, Rasul dan Ummah.
“USAHA, DOA DAN TAWAKKAL”

Rabu, 8 Februari 2012

KedahLanie.info: 7 Cara Kempiskan Perut Buncit

KedahLanie.info: 7 Cara Kempiskan Perut Buncit: Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. ...

Sabtu, 11 Jun 2011

Tafsir Surah al-An'am ayat 28 : Golongan yang dimusnahkan Allah dalam al-Quran

ALLAH berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh, sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan." (Surah al-Naml:14)

Lihatlah bagaimana kesudahan Firaun, Namrud, Hamman, Qarun, kaum Luth, 'Ad, Thamud dan lain-lain apabila mereka menentang Allah dan rasul-rasul yang diutuskan di kalangan mereka.Kesimpulannya yang dimaksudkan dengan ayat ini bahawa golongan munafik dan kuffar tersebut, pandai bermuka-muka pada sepanjang zaman. Mereka menzahirkan keimanan di hadapan manusia dan menyembunyikan kekufuran jauh di sudut hati mereka. Manusia tidak ketahui Allah Maha Mengetahuinya.

Allah menceritakan perihal mereka ini berpanjangan sehingga hari kiamat di mana ketika mereka berdepan dengan azab mereka turut menzahirkan pendustaan tersebut di hadapan Allah.

Walaupun surah ini berstatus Makkiyah, Allah tidak segan menceritakan sifat munafik yang dizahirkan oleh golongan kuffar Arab di masa itu.

Kemunafikan ini berlaku di kalangan penduduk Madinah dan sekitarnya di kalangan bangsa Arab ketika itu.

Kebiasannya Allah menceritakan sifat-sifat munafik di dalam ayat-ayat yang diturunkan di Madinah (Madaniyyah) tetapi banyak juga ayat yang mengandungi cerita tentang sifat munafik itu, antara lain firman Allah yang bermaksud, "Dan sebenarnya Allah Maha Mengetahui siapakah yang munafik di kalangan hamba-Nya." (Surah al-Ankabut:11)

Oleh kerana itulah Allah SWT menceritakan tantang sifat-sifat munafik golongan kuffar pada hari akhirat ketika telah nyata azab di hadaan mata mereka.

Mereka berkata sama sahaja dengan apa yang mereka perkatakan kepada manusia di dunia dahulu dan menyembunyikan nifak di hati mereka.

Mereka mengaku beriman dan mahu kembali ke dunia semula bukan kerana mereka benar-benar bertaubat dan beriman tetapi kerana mereka takutkan azab api neraka di hadapan mata mereka, tidak lebih dari itu. Apabila jauh daripada azab, akan zahirlah segala isu hati mereka yang mereka rasakan tidak ketahui oleh sesiapa itu.

Kekufuran dan sifat munafik mereka tidak pernah berubah walaupn mereka di kembalikan segala ke dunia.

Allah berfirman yang bermaksud, "Dan kalaulah mereka dikembalikan ke dunia sekalipun tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang daripada melakukannya dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta." (Surah al-An'am: 28)

Mereka itu pembohong besar. Mereka sanggup melakukan pembohongan bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada Allah sendiri.

Allah menjelaskan pendustaan itu dengan ayat terdahulu bagaimana mereka mengatakan bahawa mereka berjanji tidak akan mendustakan ayat-ayat (keterangan) Allah lagi dan menjadi seorang yang benar-benar beriman sekiranya mereka dikembalikan ke dunia semula.

Firman Allah yang bermaksud, "Dan tentulah mereka akan berkata pula (apabila mereka dikembalikan ke dunia), "Tiadalah hidup yang lain selain daripada hidup kita di dunia ini, dan tiadalah kita akan dibangkitkan semula (sesudah kita mati)."

Mereka tidak percaya kepada hari akhirat. Mereka mendakwa hari akhirat tidak wujud selepas mati. Itu dianggap dongengan atau cerita rekaan Nabi Muhammad s.a.w sahaja walaupun neraka diperlihatkan di hadapan mata mereka dengan nyata, mereka tetap mendustakan kenyataan itu kerana mereka tetap kufur dan munafik.

Kekufuran dan kemunafikan mereka dalah dengan pilihan mereka sendiri dan dengan mempertuhankan hawa nafsu mereka sendiri.

Sebab itulah Allah mengenakan azab kepada mereka berlipat kali ganda, bertambah dari semasa ke semasa.

Padanlah dengan kekufuran mereka selama ini, sifat mereka tidak mahu menerima kebenaran Islam walaupun mereka tidak ada ajaran lain selain Islam yang benar dan sesuai untuk manusia.

Mereka mempunyai cendekiawan yang boleh mengkaji kebenaran agama-agama atau ajaran apa sahaja tetapi sering kali kebenaran itu disembunyikan bahkan dicerca dan dihina begitu rupa oleh mereka yang bergelar oriantalis, ilmuan dan orang bijak pandai.