Tentang Saya

Foto saya
Kamunting, Perak, Malaysia
Seorang Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah tahun (tiga) jurusan Ijazah sarjana Muda Usuluddin dengan Kepujian.

Ahad, 1 April 2012

Bingkisan Imtihan...

Buat semua sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,

Debaran imtihan makin terasa, jadual peperiksaan sudah berada di protal masing-masing dan juga ditampal di dinding-dinding kuliah. Semoga semua sahabat-sahabat sudah bersedia dengan persiapan menduduki peperiksaan yang bakal menjelma tidak lama sahaja lagi. Tapi perlu diingat, “study smart not study hard”. Buat yang terbaik untuk buktikan pada diri sendiri bahawasanya anda boleh berjaya dan patut berjaya seperti sahabat-sahabat anda yang lain.

Dalam suatu riwayat ada menyebut:“Barangsiapa yang mahu berjaya di dunia maka keatasnya dengan ilmu,Barangsiapa yang mahu berjaya di akhirat maka keatasnya juga dengan ilmu,Dan Barangsiapa yang mahukan dunia dan akhirat maka keatasnya hendaklahdengan ilmu”

Sedarlah sahabat-sahabatku sekalian, martabat seseorang diangkat dengan sebab ilmunya. Tiada beza sama ada lelaki atau perempuan. Semoga kita semua sebagai mahasiswa mampu mengorak langkah dalam menguasai pelbagai lapangan ilmu supaya kita menjadi masyarakat yang mempunyai daya saing tinggi dan mampu berhadapan dengan ragam masyarakat yang pelbagai kelak.

Besar harapan supaya kata-kata ulama’ ini dihayati bersama:“Berusahalah untuk menjadi seorang muslim/ah yang dirindui SYURGA. Antara amalannya adalah melazimi membaca Al-Quran, menjaga lidah, memberi makan kepada yang lapar dan memenuhi amalan puasa untuk anugerah لعلكم تتقون"”

Didoakan selamat maju jaya dalam bidang ilmu yang amat dicintai Allah, Rasul dan Ummah.
“USAHA, DOA DAN TAWAKKAL”

Tiada ulasan: